欢迎到来

一个属于我的内心世界

Monday, August 16, 2010

我第一次出的考卷。。。

Ujian kurikulum pendidikan pemandu

1. Apakah had laju yang ditetapkan bagi sebuah van di lebuh raya?
A. 70km/j
B. 90km/j
C. 100km/j
D. 110km/j

2. Semasa menuruni bukit, anda dikehendaki
A. menarik brek tangan
B. menekan cekam [clutch]
C. menggunakan gear tinggi
D. menggunakan gear rendah

3. Apakah peraturan yang telah diakui boleh menjamin jarak yng selamat apabila
mengekori kenderaan?
A. Peraturan 20 saat
B. Peraturan 2 saat,3 saat ,5 saat
C. Peraturan 2 saat ,4 saat,8 saat
D. Peraturan 2 saat ,4 saat ,12 saat

4. Mengikut kajian , berapa kalikah kemungkinan seorang pemandu mabuk untuk terlibat dengan kemalangan berbanding dengan pemandu yang tidak mabuk ?
A. 15 kali
B. 25 kali
C. 30 kali
D. 20 kali

5. Bagi menjamin bateri berfungsi dengan baik dan tahan lama ,anda mestilah menentukan:
A. air bateri diisi sehingga penuh
B. air yang digunakan mengandungi logam
C. paras air di dalam bateri diperiksa dari semasa ke semasa
D. air paip dicampurkan dengan air logam untuk meneutralkan air logam

6. Perkara-perkara berikut dirancang sebelum memulakan perjalanan kecuali:
A. keadaan cuaca
B. masa perjalanan
C. keadaan kenderaan
D. keadaan mental dan fizikal

7. Berapakah jumlah olah gerak atau pergerakan di dalam pemanduan sebenardi jalan raya ?
A. 5
B. 6
C. 7
D. 8


8. Berapakah kandungan alkohol dalam setiap 100 milimeter darah yang dibenarkan bagi pemegang lesen memandu kompeten ketika memandu kenderaan ?
A. 35 miligram
B. 70 miligram
C. 80miligram
D. 107miligram

9. Ketika anda sedang memandu di sebatang jalan raya , tiba-tiba anda menyedari bahawa anda tidak memakai tali pinggang keledar .Apakah yang harus anda lakukan ?
A. terus memakai tali pinggang keledar walaupun sedang memandu
B. berhenti di sebelah kiri jalan dan pakai tali pinggang keledar
C. meminta kawan anda memakai tali pinggang untuk anda
D. tidak perlu memakainya kerana anda seorang pemandu berhemat

10. kenyataan di bawah merupakan kegunaan lampu kecemasan kecuali:
A. apabila berlaku kecemasan
B. sewaktu hujan lebat dan kabus lebat
C. lampu besar hadapan tidak berfungsi
D. kenderaan rosak dan berhenti di bahu jalan

11. sebelum memulakan perjalanan anda yang jauh, peralatan berikut perlu dibawa di dalam kenderaan anda kecuali:
A. sepana
B. jek (bicu)
C. tayar gentian
D. bateri tambahan

12. apabila anda menghampiri bulatan dan ingin membelok ke kanan, di lorong manakah anda mesti memandu ?
A. lorong kiri
B. lorong kanan
C. lorong kanan atau kiri
D. lorong yang tidak dilalui oleh kenderaan lain

13. bagaimanakah cara terbaik untuk memperlahankan kenderaan semasa memandu menuruni bukit?
A. tarik brek tangan
B. gunakan gear rendah
C. gunakan gear tinggi
D. tekan injak cekam (clutch)

14. pilih padanan komponen dan fungsi yang tidak sesuai dari berikut:
A. gear-kelajuan kenderaan
B. stereng-menukar lorong atau haluan
C. cekam-menghidupkan enjin
D. brek-perlahan dan berhenti


15. kenyataan di bawah adalah mengenai kedudukan kaki semasa menunggang motorsikal , pilih kenyatan yang betul.
A. menghalakan kaki ke tanah
B. jangan rapatkan kaki khasnya lutut pada tangki petrol atau raga motorsikal
C. letakkan kaki berhampiran brek dan pagar

16. semasa memandu kenderaan , anda ternampak tanda isyarat ‘BAHU JALAN LEMBUT ‘ . apakah yang tidak harus anda lakukan?
A. menukar kepada gear rendah
B. mempertahankan kenderaan anda
C. memando dengan lebih berhati-hati
D. meletakkan kenderaan di bahu jalan sebelah kiri

17. pemilik kenderaan bertanggungjawab untuk mengambil insurans kenderaan motor untuk
A. mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
B. memberi kemudahan kepada orang ramai membeli kenderaan
C. menjaga kepentingan sendiri semasa menggunakan kenderaan di jalan raya
D. memberikan pampasan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan

18. apakah yang anda faham ddengan Kawasan Terlindung (blind spot) bagi penunggang motorsikal?
A. kawasan 100 meter di hadapan
B. kawasan di belakang penunggang
C. kawasan yang terlindung dari pandangan melalui cermin pandang sisi
D. kawasan yang terlindung daripada pandangan disebabkan oleh halangan kenderaan lain di hadapan

19. anda memerlukan tempoh masa tertentu jika hendak memotong kenderaan di hadapan semasa di jalan yang lurus . peraturan manakah yang perlu anda ikuti ?
A. peraturan 2 saat
B. peraturan10 saat
C. peraturan 12 saat
D. peraturan 20 saat

20. sekiranya paras suhu kereta tinggi , anda hendaklah :
A. periksa enjin dan radiator
B. tambahkan air dengan segera
C. berehat dan rehatkan enjin
D. berhenti di kedai membaiki kereta

21. apabila menungang motorsikal pada waktu malam, langkah berikut hendaklah diambil:
A. kurangkan kelajuan
B. gunakan gear rendah
C. memakai pakaian berwarna gelap
D. gunakan lampu tinggi sepanjang masa

22. apabila sesebuah kenderaan bergerak melalui kawasan lintasan pejalan kaki dikenali sebagai
A. olah gerak keluar
B. olah gerak ke dalam
C. olah gerak melintas
D. olah gerak memotong

23. pemandu yang memandu waktu malam akan mengalami keadaan rabun seketika akibat silauan cahaya terlalu terang dan boleh mendatangkan bahaya. Apa yang perlu anda lakukan untuk mengatasi masalah ini ?
A. memakai kanta pelekap
B. memejamkan mata sementara menunggu silauan cahaya lampu kenderan di hadapan berlalu
C. menggunakan cermin mata hitam untuk mengelak daripada cahaya lampu kenderaan yang terlalu terang
D. jangan lihat ke arah cahaya lampu kenderaan yang dating dari arah hadapan

24. mengapakah lampu amaran cas bateri masih menyala walaupun enjin telah dihidupkan ?
A. kehabisan bahan api
B. enjin terlampau panas
C. air bateri tidak mencukupi
D. bateri tidak mendapat cukup cas

25. apabila memanu menghampiri kawasan lintasan kereta api yang tidak berpagar , anda haruslah
A. berhenti di bahu jalan dan tunggu sehingga kereta api melintas
B. perlahankan kenderaan dan pastikan kawasan tersebut selamat sebelum dilalui
C. mendapatkan kebenaran untuk melalui kawasan tersebut daripadapihak berwajib
D. menambahkan kelajuan kenderaan andauntuk mendahului perjalanan kereta api di kawasan lintasan

26. faktor utama yang membawa kepada berlakunya kemalangan ialah
A. cuaca
B. pemandu
C. kenderaan
D. jalan raya

27. penjajaran roda yang tidak baik akan menyebabkan
A. tayar mudah pancit
B. tayar haus di bahagian tengah
C. tayar haus di bahagian tepi
D. tayar akan haus di semua bahagian

28. ketika enjin masih panas , anda tidak dibenarkan membuka penutup radiator kerana
A. enjin akan meletup
B. minyak enjin masih panas
C. air panas akan memancul
D. kipas radiator masih berpusing

29. semua pernyataan di bawah adalah betul kecuali
A. lesen D-motorkar
B. lesen E-traktor
C. lesen B-motosikal
D. lesen A-kenderaan orang cacat

30. apakah syarat-syarat kesihatan yang diperlukan pemohon untuk mendapatkan lesen memandu ?
A. sihat tubuh badan dan boleh mendengar pada jarak 23 meter
B. sihat tubuh badan dan boleh mendengar pada jarak 20meter
C. sihat tubuh badan dan boleh melihat pada jarak 20 meter dan tidak buta warna
D. sihat tubuh badan dan boleh melihat pada jarak 20 meter dan tidak buta warna

31. apakah langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengurangkan ketegangan semasa memandu ?
A. hanya memandu ketika cuaca baik
B. makan , minum dan menghisap rokok
C. tidur dan memandu pada waktu malam
D. berhenti rehat dan melakukan senaman ringan

32. siapakah yang layak untuk memohon Permit Memandu Antarabangsa(IDP) ?
A. Pemegang Lesen Memandu Kompeten CDL
B. Pemegang Lesen Memandu Percubaan PDL
C. Pemegang Lesen Memandu Memando LML
D. Pemegang Lesen Memandu Vokasional GDL

33. kadar alkohol yang dibenarkan dalam naras seseorang pemegang Lesen Memandu Percubaan semasa memandu ialah :
A. 35 kilogram alkohol dalam 100 milimeter nafas
B. 80 kilogram alkohol dalam 100 milimeter nafas
C. 107kilogram alkohol dalam 100 milimeter nafas
D. 73 kilogram alkohol dalam 100 milimeter nafas
34. apakah warna plat ‘P’?
A. latar belakang-biru ;huruf-putih
B. latar belakang-biru ;huruf-merah
C. latar belakang-merah;huruf-putih
D. latar belakang-putih;huruf-merah

35. semua calon mesti memenuhi syarat-syarat berikut sebelum dibenarkan menduduki ujian amali :
A. telah menjalani latihan amali 18 jam
B. telah menghadiri kursus teori selama 4 jam
C. telah lulus undang-undang jalan raya (teori)
D. telah menjalani pra ujian di rumah

36. kenyataan yang manakah betul mengenai Lesen Belajar Memandu?
A. untuk kelas B dan D sahaja
B. untuk kelas selain B dan D sahaja
C. boleh diperbaharui bagi tempoh 1 atau 2 tahun sekali
D. boleh diperbaharui bagi tempoh 3 atau 8 bulan sekali

37. seorng pemandu telah didapati bersalah kerana memandu kenderaan dengan kelajuan 70km/j di kawasan had laju 50 km/j . berapakah mata demerit yang dikenakan kepadanya mengikut Sistem KEJARA ?
A. 15 mata
B. 10 mata
C. 6 mata
D. 8 mata

38. kesalahan-kesalahan yang manakah di bawah tidak tergolong dalam kesalahan-kesalahan terjadual dalam Sistem KEJARA?
A. memandu semasa mengantuk
B. memandu melebihi had laju yang ditetapkan
C. memandu dalam keadaan mabuk kerana pengaruh alkohol
D. mengabaikan arahan-arahan dan isyarat-isyarat lalu lintas

39. menuruni bukit yang curam memerlukan kita memandu dengan lebih berhati-hati. Apakah langkah yang sesuai diambil apabila memandu dalam keadaan ini ?
A. tekan injak cekam dan kawal stereng
B. tukar kepada gear tinggi dan bersedia untuk membrek
C. tukar kepada gear rendah dan bersedia untuk membrek
D. sentiasa menggunakan brek dan cekam untuk mengawal kelajuan kereta

40. apakah faktor yang mengakibatkan Hyroplanning?
A. tayar botak
B. jalan kering
C. kenderaan yang dipandu perlahan
D. tekanan angin yang mencukupi

41. jika anda ingin memotong kenderaan di hadapan ,anda mestilah :
A. memandu perlahan
B. menggunakan gear rendah
C. mematuhi peraturan 12 saat
D. menyalakan lampu hadapan

42. berapa lamakah tempoh sesuatu Lesen Memandu Percubaan?
A. 6 bulan
B. 12 bulan
C. 24 bulan

43. kelayakan umur minimum untuk memohon Lesen Belajar Memandu bagi kelas B ialah :
A. 15 tahun
B. 16 tahun
C. 17 tahun
D. 18 tahun

44. Berapa lamakah sah laku bagi ujian undang-undang sebelum calon menduduki ujian amali?
A. 1 tahun dari tarikh lulus
B. 2 tahun dari tarikh lulus
C. 3 tahun dari tarikh lulus

45. berapa lamakah tempoh sah laku sijil keputusan ujian memandu untuk memohon Lesen Memandu?
A. 1tahun
B. 2 tahun
C. 3 tahun
D. ½ tahun

46. apakah jenis lesen yang diperlukan oleh seorang pemandu Kenderaan Perkhidmatan Awam?
A. Lesen memandu kompeten dan Lesen PSV
B. Lesen memandu kompeten dan Lesen GDL
C. Lesen memandu kompeten dan Lesen Konduktor
D. Lesen memandu kompeten dan Lesen Permit Memandu Antarabangsa

47. pemegang Lesen Memandu Percubaan hendaklah mempamerkan :
A. plat ‘L’ di hadapan dan di belakang kenderaan
B. plat ‘P’ di hadapan dan di belakang kenderaan
C. plat ‘AWAS PEMANDU CACAT’ di belakang kenderaan
D. plat ‘PEMANDU SEDANG DIUJI’ di hadapan kenderaan

48. di bawah sistem KEJARA apakah jenis tindakan yang boleh dikenakan kepada pemegang Lesen Memandu Kompeten apabila didapati telah mengumpul 15 mata demerit atau lebih kali ketiga dalam tempoh lima tahun?
A. Lesen memandu kompeten digantung tidak melebihi 6 bulan
B. Lesen memandu kompeten digantung tidak melebihi 12 bulan
C. Lesen memandu kompeten digantung 6 bulan dan tindakan pembatalan lesen akan dibuat
D. Lesen memandu kompeten digantung 12 bulan dan tindakan pembatalan lesen akan dibuat

49. di bawah sistem KEJARA berapakah mata demerit yang boleh dikenakan pada pemandu yang melakukan kesalahan kerana tidak mematuhi lampu isyarat semasa memandu di jalan raya?
A. 5 mata
B. 10 mata
C. 8 mata
D. 15 mata

50. waktu sibuk adalah masa berikut kecuali
A. 7.00 pagi- 8.00 pagi
B. 12.00 t.hari-1 t.hari
C. 4.00 petang-5 petang
D. 6.00 petang- 7.00 petang



selamat menjawab!!!


Disediakan oleh:



--------------------------
(Tan Wei Hoa)

No comments:

Post a Comment