欢迎到来

一个属于我的内心世界

Wednesday, November 30, 2011

将帅 - 2010 Kertas Kerja

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN CATUR CINA PERINGKAT PUCHONG
9 MEI 2010

ANJURAN
PERSATUAN BAHASA CINA
SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)
DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BAHASA CINA
SMK PUCHONG PERDANA
SMK BATU EMPAT BELAS

1.0 PENGENALAN
Permainan catur cina adalah sejenis permainan catur yang tersebar dari China. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 S.M. di China. Permainan ini dapat melatih kecerdasan minda dan daya ketumpuan pemain. Permainan catur cina popular bukan setakat di China, tetapi di seluruh dunia. Pertandingan catur cina peringkat Puchong ini dirancang bertujuan untuk memperkembangkan permainan catur cina dan meningkatkan minat pelajar terhadap catur cina. Selain itu, kami berharap agar dapat turut meningkatkan imej sekolah dengan menjadi penganjur pertandingan ini di samping mengeratkan hubungan pelajar-pelajar di sekitar Puchong.

2.0 MATLAMAT
Memperkembangkan permainan catur cina melalui pertandingan ini.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif utama penganjuran Pertandingan Catur Cina Peringkat Puchong ini ialah seperti berikut:
 Meningkatkan minat pelajar terhadap permainan catur cina
 Mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar dari sekolah berlainan
 Meningkatkan imej sekolah

4.0 CADANGAN PELAKSANAAN
Tarikh : 9 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi — 5.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka sekolah
Bilangan : 104 pelajar
Bayaran : RM 5.00 seorang

Pertandingan ini akan dijalankan dalam bentuk berkumpulan, iaitu 4 orang
sekumpulan. Bilangan sasaran yang akan hadir ialah 104 orang (26 kumpulan).

5.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tingkatan 1 – 5 yang berminat dalam catur cina di zon Puchong.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila merujuk lampiran 1.

7.0 AHLI JAWATANKUASA PENGANJURAN PERTANDINGAN CATUR CINA PERINGKAT PUCHONG
Penasihat : Cik Chia Lee Teng (SMK PBP 1)
Cik Guek Yee Hui (SMK Batu 14)
Puan Ng Mei Kuan (SMK Puchong Perdana)
Pengerusi : Lee Heng Siang (SMK PBP 1)
Naib Pengerusi : Wan Hooi Zhi (SMK Puchong Perdana)
Setiausaha : Au Yong Ying Ying (SMK PBP 1)
Dokumentasi : Tam Chie Yuan (SMK PBP 1)
Bendahari : Kee Ming Khang (SMK Batu 14)
Penghubung luar : Teh Wei Heng (SMK PBP 1)
AJK promosi : Ng Jun Xiong (SMK PBP 1)
AJK pelaksana : Goh Kar Sin (SMK Puchong Perdana)
Han Yeng Ghie (SMK Puchong Perdana)
Lau Kah Yan (SMK Batu 14)
Toh Chee Cheng (SMK Batu 14)

Sila merujuk lampiran 2.

8.0 JADUAL PROGRAM
Sila merujuk lampiran 3.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Pertandingan ini akan dipromosikan oleh AJK promosi kepada semua sekolah menengah di daerah Puchong. Peserta harus mengisi borang pendaftaran dalam bentuk berkumpulan dan membayar RM5 untuk seorang. Borang dan bayaran pendaftaran pertandingan akan dikutip oleh AJK tertentu dalam persatuan Bahasa Cina sekolah masing-masing. Penghubung luar akan mengendalikan borang dan bayaran tersebut dan seterusnya diberikan kepada setiausaha.

Pada hari tersebut, AJK pelaksana akan menyusun meja kerusi yang diperlukan di dewan terbuka. Peserta diminta mendaftarkan diri kepada setiausaha dan mendapatkan roti dan sebotol air mineral sebagai sarapan.

Setiausaha akan menyusun jadual pertandingan. AJK pelaksana akan mencatat markah yang diperoleh dalam setiap pusingan dan diserahkan kepada setiausaha. Setiausaha akan menyusun jadual pertandingan lagi dan pusingan seterusnya akan dimulakan. Ini akan berterusan sehingga ke pusingan terakhir. Bagi memastikan kelancaran pertandingan, pengadil sebanyak 3 orang dari Persatuan Xiangqi (Catur Cina) Negeri Selangor telah dijemput untuk mengadil pertandingan kali ini.

10.0 PENUTUP
Pertandingan ini dianjurkan dengan harapan dapat mendedahkan permainan catur cina kepada pelajar daerah Puchong. Permainan tradisional ini harus diwarisi secara turun-temurun.

LAMPIRAN 1: Anggaran Laporan Kewangan

PERBELANJAAN KEUNTUNGAN
Piala______________RM 110 Bayaran Pertandingan RM 20 x 26 RM 520
Sijil Pertandingan___RM 130
Wang Tunai (Juara)__RM 200
Roti_______________RM 70
Air Mineral Botol___RM 45
Penerbitan_________RM 30
Cenderahati________RM 50
Lain-lain___________RM 100
JUMLAH___________RM 735 JUMLAH RM 520

LAMPIRAN 2 : Ahli Jawatankuasa

Penasihat : Cik Chia Lee Teng (SMK PBP 1)
Cik Guek Yee Hui (SMK Batu 14)
Puan Ng Mei Kuan (SMK Puchong Perdana)

Pengerusi : Lee Heng Siang (SMK PBP 1)

Naib Pengerusi : Wan Hooi Zhi (SMK Puchong Perdana)

Setiausaha : Au Yong Ying Ying (SMK PBP 1)

Dokumentasi : Tam Chie Yuan (SMK PBP 1)

Bendahari : Kee Ming Khang (SMK Batu 14)

Penghubung luar : Teh Wei Heng (SMK PBP 1)

AJK promosi : Ng Jun Xiong (SMK PBP 1)

AJK pelaksana : Goh Kar Sin (SMK Puchong Perdana)
Han Yeng Ghie (SMK Puchong Perdana)
Lau Kah Yan (SMK Batu 14)
Toh Chee Cheng (SMK Batu 14)

LAMPIRAN 3 : Jadual Program

0730 – 0815 Pendaftaran peserta
0815 – 0830 Perasmian majlis
0830 – 0845 Penjelasan peraturan pertandingan
0845 – 1000 Pusingan 1
1000 – 1115 Pusingan 2
1115 – 1230 Pusingan 3
1230 – 1300 Makan tengah hari
1300 – 1430 Pusingan 4
1430 – 1600 Pusingan 5 (terakhir)
1600 – 1615 Pertandingan berakhir
1615 – 1630 Pemberian sijil dan piala
1630 – 1700 Kerja pembersihan dan penyusunan, bersurai

No comments:

Post a Comment