欢迎到来

一个属于我的内心世界

Wednesday, November 30, 2011

BM essay - Bernard

Suatu Malam Yang Menakutkan

Pada suatu malam, Annjie tiinggal sendirian di rumah kerana ibu bapanya pergi menghadiri makan malam. Annjie tidak ikut sertakerana dia sangat letih .Walaupun sudah lewat malam, Annjie masih belum tidur kerana ingin menunggu kepulangan ibu bapanya.

Tiba-tiba,terdengar sebuah bunyi ketukan pintu. Annjie berlari ke arah pintu lalu segera membuka pintu,berharap ibu bapanya balik.

Semasa Annjie mmbuka pintu,dia terlihat mayat yang terlantar di hadapan pintunya. Dia berasa terkejut lalu menutup pintu. Tiba-tiba,Dia terdengar bunyi orang ketawa terbahak-bahak.

Annjie berasa semakin takut. Dia menuju ke pintu untuk melihat siapa yang berada di pintu. Tetapi, tiada orang yang berada di sana. Bunyi orang ketawa semakin kuat. Annjie membuka pintu segera.

Dia ternampak seekor hantu. Annjie menjerit ketakutan lalu berlari.Hantu itu mulai mengejarnya. Tiba-tiba dia terlanggar sebuah kerusi lalu terjatuh. Hantu itu mengeluarkan pisau lalu menuju ke arah Annjie. Annjie menutup mata lalu menjerit sekuat –kuat hati.

“Annjie ,Annjie. Bangunlah! “ kata seorang perempuan.Apabila dia membuka mata, dia ternampak ibunya. Rupa-rupanya, dia bermimpi.

Bernard

No comments:

Post a Comment