欢迎到来

一个属于我的内心世界

Wednesday, November 30, 2011

My Speech For 2010 Anniversary

Kepada para ibu bapa yang dikasihi,

Ribuan terima kasih saya ungkapkan kepada anda yang sedang meluangkan masa yang berharga untuk membaca Majalah terbitan Pusat Jagaan Galaxie & Planet.

Saya merupakan seorang pengajar di Pusat Jagaan Galaxie & Planet, saya digelar Cikgu Tan oleh ahli-ahli di sini. Saya bertanggunjawab dalam memberi tunjuk ajar kepada ahli-ahli serta memberi kelas tuisyen dalam subjek Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains. Kelas menengah rendah juga di bawah bimbingan saya.

Disebabkan suara saya yang lantang serta gemar memgang rotan di sebelah tangan kanan, ahli-ahli di sini sentiasa bertingkah-laku baik sekiranya saya berada . Oleh demikian, saya juga telah menjadi guru disiplin secara tidak langsung.

Saya mementingkan pencapaian akademik serta tingkah laku ahli-ahli di Pusat Jagaan Galaxie & Planet, jadi saya amat tegas terhadap mereka dan mengharapkan mereka berdaya saing pada masa depan. Pada era globalisasi ini, pencapaian akademik amat penting, begitu juga dengan cara-cara berkomunikasi dengan individu lain.

Akhir kata, melentur buluh biar dari rebungnya, marilah kita sama-sama bekerjasama mendidik generasi baru ini supaya mereka bakal menjadi pemuda-pemudi yang berwawasan tinggi.




Tan Wei Hoa

No comments:

Post a Comment