欢迎到来

一个属于我的内心世界

Wednesday, November 30, 2011

Surat Rayuan Biasiswa PILN JPA

B13-3A,Blok Bougainvilla,
Kondominium Vista Millennium,
Jalan Desa Millennia 1,
Taman Desa Millennia,
47100 Selangor.
__________________________________________________________________
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 4-6, Blok C1,Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya 26 MEI 2010

Tuan,

Rayuan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara JPA Tahun 2010

Merujuk perkara di atas, saya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 ingin membuat rayuan biasiswa PILN JPA tahun 2010 supaya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. Saya telah pernah menghadiri temuduga PILN JPA 2010 yang bertempat di Putrajaya namun tidak berjaya mendapat biasiswa tersebut.

2. Demi mengejar impian untuk menjadi seorang auditor, saya telah menduduki 13 subjek dalam SPM dan berjaya mencapai keputusan 5A+, 6A, 1A- dan 1 B. Antara matapelajaran yang mencapai gred A+ (cemerlang tertinggi) ialah Bahasa Melayu, Sejarah,Matematik, Kimia dan Prinsip Perakaunan.

3. Selain itu, saya merupakan seorang pelajar yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Saya turut mencapai gred A dalam penglibatan aktiviti Unit Beruniform, Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan. Antaranya, saya memegang jawatan yang tinggi dalam beberapa persatuan seperti pengerusi Persatuan Bahasa Cina dan Unit Beruniform Taekwondo. Saya juga telah banyak kali mewakili sekolah dan daerah untuk menyertai pelbagai pertandingan .Saya merupakan Ketua Editor Sidang Redaksi dan Timbalan Ketua Pengawas 1 dalam sekolah untuk tahun 2009.

4. Saya juga ingin menjelaskan di sini bahawa saya adalah anak sulung dalam keluarga ini dan kejayaan saya dapat dijadikan contoh kepada adik-adik saya yang lain. Ibu bapa saya tidak dapat menampung perbelanjaan saya sepenuhnya memandangkan mereka mempunyai ramai tanggungan. Tambahan pula, ayah saya merupakan satu-satunya sumber pendapatan dalam keluarga. Tempat tinggal kami juga merupakan milikan pak cik saya.Keadaan kewangan keluarga saya memang tidak mengizinkan saya untuk terus meneruskan impian .



5. Akhir kata ,dengan ikhlasnya saya amat berharap agar rayuan saya dapat dipertimbangkan semula oleh pihak tuan.Saya harap pencapaian akademik dan ko-kurikulum serta keadaan kewangan keluarga saya merupakan aspek pertimbangan Tuan.
Di sini juga,,saya melampirkan sijil-sijl dan dokumen sokongan saya untuk perhatian pihak Tuan.
Sekian ,terima kasih.




Yang ikhlas,



(TAN WEI HOA)
Pemohon,
Biasiswa PILN JPA 2010

2 comments: